fbpx

Syafiq Kyle Akui Pernah Kenal Mira, Mungkin…

Masih panas ketika ini mengenai video lucah yang viral di laman sosial melibatkan pelakon Syafiq Kyle. Memetik kenyataan yang dikeluarkan pelakon ini di portal mStar Online, dia menjelaskan bahawa dia mungkin mengenali wanita (jika betul perempuanlah) di dalam video berkenaan.

BACA: Syafiq Kyle Hanya Nafi Wujud Perbualan Di Instagram

“Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial. Saya tidak sangka ia jadi sebesar ini dan terjadi pada bulan Ramadan, di mana sepatutnya menjadi bulan saya membersihkan dosa-dosa lampau saya”

“Mungkin kami pernah kenal, saya sendiri tidak mahu memanjangkannya,” katanya.

Selain berkongsikan perkara tersebut, Syafiq juga mengatakan bahawa antara yang turut terkesan dengan perkara yang memalukan itu pastinya pihak keluarga, terutama ibunya.

“Ibu saya menangis sebelum dia jumpa saya berbincang tentang perkara ini. Sudah tentu dia sedih kerana laman berita yang melaporkan berita-berita kerjaya dan kejayaan saya bertukar melaporkan berita paling buruk anak dia”

“Saya tahu apa yang terjadi ini memberi kesan juga pada kehidupan mereka, saya sendiri kena bangun tunjukkan sesuatu yang positif agar mereka tidak bimbang dengan keadaan saya,” jelasnya. (rtky/s)