fbpx

Syafiq Kyle Banyak Tengok Ceramah Agama Persediaan Untuk Jadi Suami

Bakal bergelar suami tidak lama lagi, pelakon Syafiq Kyle berkata dia banyak mendengar ceramah agama sebagai persediaan untuk mendirikan rumah tangga.

Memetik mStar Online, Syafiq berkata persiapan sudah pun selesai dan dia kini lebih fokus kepada kehidupan selepas berkahwin dengan bakal isterinya, Mimi Lana.

BACA: Mimi Lana Dah Sedia Jadi Isteri Syafiq Kyle

“Saya banyak tengok ceramah-ceramah ustaz sebagai persiapan untuk bergelar suami. Segala persiapan telah selesai dan hanya menunggu akad nikah sahaja pada bulan lapan nanti,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya lakonannya, Syafiq berkata dia bakal bekerjasama dengan sebuah produksi di United (UK)

Menurut Syafiq, projek drama bersiri adaptasi daripada novel penyiasatan mengisahkan inspektor yang datang ke beberapa negara untuk membuat siasatan dan akan menjalani penggambaran bulan Julai depan.

“Judulnya masih lagi dirahsiakan. Siri ini diadaptasi daripada novel dan pelakon utama dari London, dia datang ke Malaysia kerana ada satu kes perlu diselesaikan. Watak saya sebagai Sarjan Syukur, skrip buat masa sekarang masih lagi rahsia,” katanya.