Mimi Lana Dah Sedia Jadi Isteri Syafiq Kyle
Pelakon Mimi Lana berkongsikan dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada pelakon Syafiq Kyle tahun ini.
Memetik Harian Metro, mengakui berdebar, Mimi turut memohon orang ramai mendoakan agar perkahwinan yang bakal dibina akan dipermudahkan.
BACA: Mimi Lana Impikan Majlis Perkahwinan Sederhana
“Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Insya-Allah sudah bersedia, doakan saya. Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke satu fasa yang lebih serius dalam hidup.
“Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin detik itu belum sampai lagi. Pada waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu saja yang saya harapkan.
“Berkenaan hal-hal lain, tiada ada yang boleh saya ulas lanjut mengenainya. Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Mimi berkongsikan persiapan perkahwainannya sudah hampir 50 peratus siap dan semuanya berjalan lancar.
“Kalau nak bercakap mengenai hal perkahwinan, rasanya sama seperti pasangan lain. Cuma syukur kerana kami sudah lama mengenali jadi proses itu makin mudah. Semuanya mengikut apa yang dirancangkan, masing-masing juga sudah tahu peranan.
“Malah ahli keluarga kami pun sangat menyokong. Alhamdulillah setakat ini, lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Sudah berapa kali asyik korang ni dok ulang2 beritahu nak kawin je??? Tapi X kawin2 pun jugak..
BNI2 YG DOK BERIA KASIHTAU SATU DUNIA, LAKI2 DOK RELAX JEEE! KLU AKU SYAFIQ AKU TAK NAK LAH C KEDING MIMI NE!!!!! MULUT BUKAN MAIN GAWAH KO YEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!
kok muka mimi jelek bngt mcm tae anjing yg panas di jalanan!!! geli deyhhhhh!!!
Citer kawin korang…kalu sajat bole beranak..da 5 anak…
Ni sebenanye umum banyak2 kali sebab nak cari sponsor kan? Begituuuuu kekdahnye kalau tak bagitau xde org tahu. Tp dh bagitau berkali2 pon tak kawen2 jugak lagi.. Hmm.