Syafie Naswip Lelong Trofi FFM25, Nak Bantu Orang Susah
Pelakon berbakat Syafie Naswip nekad untuk melepaskan trofi Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) yang dimenanginya untuk membantu orang susah dan memerlukan ketika pandemik ini.
Meskipun berat hati, namun Syafie berkata ikhtiar untuk melelong trofi tersebut bukan mahu mencari publisiti tetapi dia berharap trofi kemenangannya itu dapat digunakan untuk membantu orang ramai.
BACA: Syafie Naswip Terima Mesej Ugutan Santau Di Instagram
View this post on Instagram
“Saya tak ada harta lain nak kongsikan. Jadi, siapa yang boleh bida RM10,000 atau lebih, hasil kutipan itu kita akan bagi kepada orang yang lebih memerlukan. Jangan risau sumpah saya tak menipu, saya tak ambil duit itu pun.
“Di atas rezeki yang Tuhan berikan menerusi kemenangan pelbagai anugerah, inilah masa yang terbaik untuk saya kongsikan kepada anda semua. Jadi saya harap trofi ini dapat digunakan untuk membantu orang yang memerlukan.
“Saya memang sensitif sikit kalau bab kekeluargaan ini. Saya harap ramai yang akan menyokong,” katanya.
Dalam pada itu, Syafie turut meminta rakyat tidak perlu menunding jari pada kerajaan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian dan bersatu hati membantu mereka yang susah.
“Hentikanlah hasad dengki antara satu sama lain dan sebarkan kasih sayang serta teruskan positif,” katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
Pastu aku nak buat apa dengan piala buruk tu? Cicah budu?
Hmmm stakat piala taraf hari sukan kg pisang watpe..klau oscar yg salut real gold ok la gak..worldwide recognition…10k tu baik beli emas lg tinggi value
ada value ke mnde tu?
niat nak tolong tu baik. tapi apa nilai trofi tu kepada si pembeli. daripada pembeli tu beli trofi, baik dia sendiri bantu orang susah
Makin hensem dia ni tp tu laa setakat nk membantu tu ikut kemampuan laa. Baik gadai keta atau rumah tu dari piala tu
Sentimental value wont get u lots of money kay..unless ada obsessed fan..