Selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos lalu, kisah pasangan pelakon Remy Ishak dan Ezza Yusof masih lagi menjadi bualan ramai.
Terbaru, gelagat Remy menjadi perhatian ramai apabila muncul dalam IG Live isterinya bagi mempromosikan kasut jenamanya sendiri.
BACA: Ezza Sanggup ‘Dimadukan’ Remy Ishak
View this post on Instagram
Lebih mencuri perhatian, Remy turut memakai kasut yang dipromosikan itu sambil menggayakannya. Aksi Remy itu membuatkan Ezza ketawa kerana tidak sangka suaminya sanggup memakai kasut berkenaan.
Malah, Ezza turut mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu mempromosikan kasut jenamanya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tutur kata Ezza yang sangat sopan dengan suaminya. Lagilah ramai peminat cemburu tengok gelagat romantis pasangan ini.
Remy selamat bernikah dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada 21 Ogos lalu dalam satu majlis tertutup mengikut SOP ketat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.