fbpx

Ezza Sanggup ‘Dimadukan’ Remy Ishak

Selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos lalu, kisah perkahwinan pelakon Remy Ishak dan Ezza Yusof masih lagi menjadi bualan ramai.

Kalau dah bergelar isteri pelakon pujaan ramai, bukan sahaja Instagram Remy, malah media sosial milik Ezza juga turut mendapat perhatian.

BACA: Remy Ishak, Isteri Terima Hadiah Daripada Agong & Permaisuri

Baru-baru ini perkongsian Ezza mencuri tumpuan apabila memberitahu sanggup ‘dimadukan’ oleh Remy. Tetapi rupanya madu yang dimaksukan oleh Ezza adalah seekor kucing.

“Ini sahaja ‘madu’ yang saya terima.Berebut kasih sayang,” seloroh Ezza.

Menerusi entri di Insta Story itu, Ezza turut memuat naik foto seekor kucing sedang tidur lena di atas pangkuan Remy.

Remy selamat bernikah dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada 21 Ogos lalu dalam satu majlis tertutup mengikut SOP ketat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.