Sweet Qismina Tak Setuju Sekolah Dibuka
Umum mengetahui, sebelum ini kerajaan memutuskan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September depan.
Perkara itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan pihak termasuk pelakon Sweet Qismina yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Sweet berkata dia tidak akan membenarkan adik perempuannya ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.
BACA: Sokong Palestin, Sweet Qismina Hilang Followers Di Instagram
“Ya, tolonglah. Para guru boleh marah saya, tapi saya minta maaf. Saya tidak akan benarkan adik pergi ke sekolah pada September depan. Dengan vaksin belum dapat lagi? Covid-19 itu perkara benar. Saya tak boleh ambil mudah,” katanya.
Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Sweet turut memuat naik artikel berkenaan ‘Pembukaan Sesi Persekolahan 1 September Ini Wajar Dikaji Semula’.
Dalam pada itu, Sweet berpendapat keputusan pelajar diberi vaksin apabila sekolah dibuka nanti adalah satu langkah yang salah sebaliknya tunggu selepas dua dos barulah sekolah boleh dibuka.
“Bukan langkah yang betul kalau kalian putuskan mereka perlu ke sekolah dan terima vaksin semasa sekolah dibuka kelak.
“Melainkan, jadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin untuk pelajar. Dah selesai dua dos, baru boleh buka sekolah,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Kpd YAB TSMY
Saya sebagai rakyat Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd TSMY kerana hampir setahun lebih TSMY menjadi PM mengetuai kerajaan banyak jasa TSMY telah sumbangkan kpd rakyat serta TSMY telah mencuba sedaya upaya walaupun kondisi kesihatan TSMY tidak sekuat dulu.Saya merasa bangga dn bersyukur kerana negara ini pernah ada seorng PM yg berjiwa rakyat dn berahlak mulia semoga ALLAH memberi kesihatan yg baik serta di panjangkn umur
Nampaknya nasib tidak menyebelahi TSMY…ada saja anasir2 yg hasad dengki di atas kejayaan TSMY mengemudi negara. Jika benar TSMY ingin lepaskan jawatan…lakukan lah…berehat seketika. Kita lihat selepas ni mahluk2 yg giler dn rakus ingin jawatan PM ni. Rakyat akn menilai mereka2 ni. Bercakap memang mudah utk melaksanakan semua gerak kerja bukan semudah yg di sangka
Jasa mu TSMY tetap saya hargai,hormati dn di kenang selaa-lamanya
Akak tak sokong abah nie jugak dia pun susah nk kekang wabak tpi akak x suka semburit tp kesian..ada segelintir geng umno (kluster mahkamah) bg sokongan dgn harapan dpt bebas dari kes mahkamah..tp bila dia tak campur urusan mahkamah..maka geng umno kluster mahkamah nie tarik sokongan..paling sedih penyokong buta tuli kluster mahkamah nie la kedua pas yg takde kredibiliti jd ahli kabinet.
Tak main barbie cam uqasha umur 30 masuk 3series tak move on??????
ko sekolah ker…ada anak2 yg bersekolah