fbpx

Sokong Palestin, Sweet Qismina Hilang Followers Di Instagram

Berkongsikan mengenai penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin di media sosial miliknya, pelakon Sweet Qismina mendedahkan pengikutnya di Instagram semakin berkurang.

Sedar bahawa penurunan jumlah pengikut itu akan menjejaskan kerjaya seninya, bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat Sweet untuk terus brkongsikan situasi berlaku di Palestin.

BACA: Sweet Qismina Positif Covid-19

“Data Instagram saya menunjukkan perubahan jumlah pengikut yang tidak lagi mengikuti sejak saya muat naik hantaran mengenai Palestin.

“Saya tahu perkara ini memberi impak buruk kepada kerjaya seni kerana ia amat penting untuk saya, tapi adakah itu akan membuatkan saya berhenti untuk memuat naik sebarang hantaran mengenai Palestin?

“Jawapannya tidak. Rezeki Allah yang bagi dan saya sentiasa mempercayai Allah,” tulisnya di Insta Story.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian lain Sweet turut berkongsi tips dan mengingatkan kepada seluruh pengguna media sosial di Malaysia supaya lebih berhati-hati bimbang akaun akan digodam.

“Seperti yang kita semua tahu, Israel sudah mula menyerang orang yang sokong Palestin melalui media sosial. Mudah kata mereka akan godam akaun anda.

“Jadi untuk keselamatan saya berkongsi kepada anda untuk buat Two-Factor Authentication (satu bentuk akses log masuk yang memerlukan dua jenis akses) yang mudah.

“Insya-Allah, mereka tidak akan mengganggu akaun peribadi kalian. Sekadar pandangan mungkin anda boleh mencipta satu akaun palsu untuk memberi sokongan (kepada Palestin) terutama mereka yang sayang dengan akaun, kepada selebriti dan pempengaruh,” tulisnya.