Pelakon Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) pada Selasa.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata dia mula berada tidak sihat ketika menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.

BACA: Sweet Qismina Tak Puas Hati PM Pergi Indonesia

Menerusi Instagram, Sweet turut memuat naik kenyataan rasmi dari syarikat pengurusan Warner Music Malaysia.

Sweet telah dikuarantin di Hospital Kuala Kangsar dan keputusan saringan adalah positif, kemudian dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk kuarantin. Difahamkan, Sweet berada dalam keadaan stabil cuma kehilangan deria bau dan rasa.

Dalam pada itu, Sweet turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.