fbpx

“Suruh Pelanggan Beli Nasi Kosong Kedai Lain”

Baru saja membuka kedai makan diberi nama Waroeng Isabella yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), perniagaan yang diusahakan oleh Nabila Huda dan suaminya itu mendapat sambutan baik dari orang ramai.

Bagaimanapun, ada cerita tidak sedap didengar apabila ada yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan hidangan kedai makan tersebut sehingga tidak boleh dimakan. Kata pelanggan tersebut, ayam yang disediakan rentung sehinggakan rasa nasi menjadi pahit.

BACA: “Nampak Coli, Bila Nak Bogel Pulak Awak?”

Tweet netizen itu mendapat perhatian Nabila Huda sendiri yang tampil memberikan penjelasan. Jelas Nabila, mungkin netizen itu antara pelanggan yang tidak bernasib baik kerana ramai yang datang makan di kedainya tetapi tiada aduan diterima.

Penjelasan Nabila itu mendapat respon daripada beberapa pengguna Twitter lain yang turut meluahkan rasa tidak berpuas hati ketika makan di warung Nabila apabila pekerja kedai makan meminta pelanggan untuk membeli nasi di kedai lain. Nabila dilihat memberi jawapan balas berkenaan isu tersebut.

Tidak hanya setakat itu sahaja,  ada pula seorang netizen yang mempertikaikan makanan yang disajikan indah khabar daripada rupa dan mengambil masa yang lama untuk dihidangkan. Nampaknya, Nabila sekali lagi tampil menjawab kritikan tersebut.

Bagaimanapun jawapan balas oleh Nabila itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang berpendapat pelakon itu tidak sepatutnya memberi respon seperti itu. Kata netizen lagi, peniaga sepatutnya menerima kritikan secara terbuka untuk memperbaiki mutu serta kualiti perkhidmatan.

Apa pun bukan mudah untuk berniaga lebih-lebih lagi jika membuka kedai makan kerana perlu memuaskan hati banyak pihak. Diharap Nabila bersabar dan tidak mudah patah semangat dengan segala kritikan.