fbpx

Surau Pusat Beli-Belah Tutup, Nubhan Solat Dalam Fitting Room

Umum mengetahui, bagi mengekang penularan wabak Covid-19, beberapa ruangan sempit dan padat seperti surau di dalam pusat beli belah terpaksa ditutup.

Meskipun, ruangan solat di pusat beli-belah ditutup, namun ia tidak menghalang penyanyi Nubhan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan menunaikan solat.

BACA: Sanggup Berhenti Kerja Doktor Gigi, Isteri Nubhan Kini Bergelar Suri Rumah

Perkongsian Nubhan di Instagram menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsikan cara mudah untuk menggunakan bilik persalinan atau ‘fitting room’ yang disediakan untuk solat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

“Sekarang surau shopping mall semua tutup! Adoilaaa… Tapi surau mall ni saya tak tau tutup ke tak. Sebab jauh dan malas nak tawaf, jadi inilah cara paling senang,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, Nubhan dilihat membawa bersama sehelai baju ke bilik persalinan sebelum menunaikan solat. Video itu dipercayai dirakam semasa dia dan isteri, Afifah Tawfek sedang berbelanja di sebuah pusat beli belah di Seremban.

Perkongsian penyanyi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan tindakan tersebut memandangkan solat adalah perkara wajib yang perlu ditunaikan apabila masuk waktunya.