Sanggup Berhenti Kerja Doktor Gigi, Isteri Nubhan Kini Bergelar Suri Rumah
Umum mengetahui isterinya kepada penyanyi Nubhan iaitu Afifah Tawfek merupakan seorang doktor gigi. Namun, baru-baru ini Afifah mengumumkan sudah pun berhenti berkhidmat sebagai doktor di sebuah Klinik Pergigian Seremban.
Akui bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, namun Afifah berkata banyak perkara perlu dipertimbangkan dan keputusan itu dibuat demi kebaikan diri serta keluarganya.
BACA: Netizen Belum Maafkan Nubhan Tunjal Kepala Isteri
Katanya lagi, semenjak bergelar ibu dan isteri, banyak perkara perlu diambil kira dalam setiap keputusan yang diambil olehnya. Bagaimanapun, Afifah meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang memahami kerjayanya itu.
“Sekarang fie faham sangat susah betul nak buat keputusan bila kita dah ada keluarga dan tanggungjawab besar lagi-lagi bergelar seorang ibu.
“Tahun kedua bekerja lahir pulak Aaffan, sambil kerja sambil pam susu. Alhamdulillah rezeki Aaffan, dapat susu ibu sepenuhnya. Balik kerja sambung jaga Aafiya. Jarak Aafiya dengan Aaffan 2 tahun jem agak penat tapi membahagiakan.
“Suami pulak sangat supportive, sanggup jaga anak kalau Fie perlu travel untuk kerja. Suami tak pernah halang apa sahaja keputusan Fie,” tulisnya.
Menerusi satu perkongsian lain, Afifah turut memuat naik foto suaminya membuat kejutan istimewa sempena hari terakhirnya berkhidmat di klinik pergigian tersebut.
Dalam pada itu, Afifah berkata meskipun kini bergelar suri rumah, namun dia turut mengusahakan perniagaan secara dalam talian sebagai salah satu usaha mendapatkan pendapatan sampingan.
Nubhan dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.
dlm keadaan sukar org ramai yg putus kerja & takde pendapatan,kau pulak berhenti kerja yg memang dah terjamin…good luck je la
Sayang jer berhenti jadi Dr…
belajar penat2 parents bertungkus lumus ada orang lain mengharap jadi dentist senang je lepaskan.. good luck… 5 yrs tops
Dia berhenti sbb income sbg instafamous lagi banyak kot daripada income sbg doktor, plus dia pun ada produk sndiri. Tp sejujurnya, sampai bila produk tu mampu bertahan dan sampai bila kita akan famous di instagram?
x kisah laa surirumah tu jwtn paling mulia ke tidak, perlu ke nk announce mcm tu? tidak ke terasa hati kwn2 yg x jadi suri rumah? adakah rendah martabat mereka kalau mereka tak resign mcm u?
kalau mak u dulu, bekerja masa besarkan u, adakah dia tidak menjawat jwtn yg mulia? the fact that dia keluar cari rezeki utk besarkan u, berkorban kehidupan selesa semata2 nk cukupkan keperluan keluarga, is that not mulia to u? come on laaaa
dah agak kalau dah berlakikan retis memang macam ni.hadap sangat instafemes laki dia pun sendu kot. penat je belajar sampai mesir last last….
Apa perasaan parents she ols agaknya
Sayangnya berenti kerja..
Lainla berenti sbb buka klinik sendiri..
Kesian parents dia
besok laki tinggal kau jd doktor dapor x brasap
Ruginya berhenti kerja. Belajar bkn main lama, kerja jap je.
Kalau tgk di ig diorg haritu dia akan bukak klinik gg sendiri. May b sementara rest dulu. Bia kan lah dia..
Sefamous macam mana pun, not a good idea to resign dari kerja gov at times like these.
kerja dentist kat gov xbanyak pun gaji..aku pernah tengok slip gaji depa, dentist gov clinic tuka pegi private clinic dapat 5x ganda gaji
alhamdulillah.. tempat dia jadi rezeki org lain.. wow! good job,klu dia selfish dia blh je stay.. tp as a mom and dh ade income sendiri from her business.. why bother? yg kt ats ni panas jubor plk ngn bini nubhan ni
Berhenti ke atau tak sambung kontrak sebab performance kureng? Hehe . Propa la ko dik sebijik ngan perangai laki ko
Nubhan tu bnyk job ke?
Contract apa bendenya, dah dia dah status TETAP kerja lama as doktor gomen.
Confuse la org nak mengecam je. MEstila dia dah fikir betul2, ada simpanan, buat istikharah. Jgn la persoalkan rezki Allah dekat mana. huhuu
agak sayang utk bhenti keja, nak2 lagi as a doctor. hopefully nanti buka clinic sendiri ke.
Ni kah lelalki yg tonyeh kepala bini dia ni…
Kos untuk bidang perubatan paling mahal tau…dah habis bayar pinjaman? Kasihan ibubapa dia, bertungkus Lumus menyediakan wang, dia senang2 je berhenti
Ok je buka klinik sendiri. Kat tmpt aku dentist kaya wei. Contohnya..Tgk gigi utk scaling rm120. Kerja tu dlm setgh jam max. Hari2 penuh jadual dari kol 9 pagi smpai kol 7 ptg. Lebih kurang la. Tu dlm 8 jam kerja full day. Average caj rm100 x 8 = rm800 sehari. Ko darab 25 hari jika dia nak cuti 5 hari sebulan.
Boleh dpt cikai pun rm20k.
Less kat Sewa kedai kalo ada pun x byk. Staff amik la dua org. Tu jika satu bilik buka. Jika dua bilik dentist satu lg byr lokum. Untung jd dentist esp jika ada kelayakan tmbhn as orthodentist kot.
Mungkin zmn covid ni kurang sikit. Will take sometime tapi once dh ada good reputation that decision is ok esp utk lady dentist. Anak2 boleh letak depan mata.