Sedikit mengejutkan berita yang kami baca di Harian Metro hari ini. Seingat kami, tiada pun desas desus mengatakan Aleeza Kassim bercerai yang sampai ke telinga kami.


Namun itulah yang selalu orang kata, jika sudah tiada jodoh, apalah sangat yang boleh kita lakukan. Aleeza Kassim di’ceraikan dengan talak satu Februari lalu di Hyatt Saujana, Subang Jaya.

Bekas suami Aleeza Kassim, Mohd Fauzi Che Ros merupakan seorang ahli perniagaan dan mereka berdua berkahwin pada 16 Julai 2006.

Aleeza Kassim yang juga memiliki Akademi Peragaan Aleeza Kassim menegaskan yang perpisahan beliau dengan suami tiada kaitan dengan orang ketiga.

“Suami menceraikan saya pada Februari lalu atas masalah yang berpunca daripada kami berdua. Namun, biarlah masalah itu menjadi rahsia kami”


Kami doakan yang Aleeza Kassim & suami tabah dengan dugaan ini. Mereka sedang menunggu keputusan kes mereka dari mahkamah 21 April ini.