Pelakon Zahiril Adzim membetulkan pandangan orang ramai selepas ditegur oleh netizen untuk tidak bercakap ketika makan.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Zahiril berkata tanggapan itu adalah salah dan makan bercakap ketika makan adalah sunnah.
BACA: Diminta Berlakon Aksi Ranjang, Zahiril Adzim Tolak Tawaran Hollywood
Menurut Zahiril, selama ini kita telah diomok-omokkan bahawa perbuatan bercakap ketika makan adalah perbuatan yang tidak elok dan tidak beretika.
@roslizawatiakasim sedikit ilmu Dr ketua @zahiriladzim ….
Bagaimanapun, Zahiril berkata bercakap ketika makan adalah sunnah namun perlu dilakukan dengan tertib dan diam ketika makan bukan ajaran agama kita.
“(Tak elok bercakap ketika makan) itu adalah salah, saya kena betulkan benda ini. Sunnah ketika makan ialah bercakap cuma masa bercakap itu kalau boleh jangan mengunyah dan waktu makan kalau boleh jangan mengunyah.
“Selama ini, kita diomok-omokkan supaya bila makan jangan bercakap (table manners), itu semua kafir punya agenda.
“Kalau tak percaya pergi tanya ustaz-ustaz. Selama ini pun saya ingat macam itu, makan kena tertib tak boleh bercakap tapi rupanya itu bukan ajaran agama kita,” katanya.
@drrozaimiramleofficial Sunnah bercakap ketika makan???ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat. #UniSIRAJ #disinipencintasunnahdilahirkan #AndaiTiadaDia #sunnah Kisah Artis Malaysia Zahiril Adzim
Kenyataan Zahiril itu turut mendapat perhatian sorang penceramah yang dikenali sebagai Dr. Rozaimi Ramle yang bersetuju dengan apa dikatakan pelakon itu.
Menurut penceramah itu, terdapat hadis daripada Rasulullah yang membolehkan kita bercakap ketika makan kerana ia memberikan kemesraan kepada orang yang sedang makan bersama.
SUMBER: : TikTok roslizawatiakasim & drrozaimiramleofficial