fbpx

Diminta Berlakon Aksi Ranjang, Zahiril Adzim Tolak Tawaran Hollywood

Pelakon berbakat besar Zahiril Adzim mendedahkan pernah menolak tawaran berlakon dengan produksi Hollywood tanpa berfikir panjang.

Memetik Kosmo, Zahiril berkata dia menolak kerana diminta untuk melakonkan babak aksi ranjang di atas katil dimana melanggar prinsipnya sebagai seorang Islam.

BACA: Zahiril Adzim Ajak Amerul Affendi Beli Followers Di Shopee

“Saya pernah menolak tawaran lakonan dengan produksi Hollywood beberapa tahun lepas dan sudah lupa judulnya.

“Baru sahaja membaca skrip, belum apa-apa sudah ada babak intim atas katil yang memerlukan saya dan pelakon wanita berbogel separuh badan. Terus saya ucap selamat tinggal,” katanya.

Zahiril berkata sudah tentu dia menyimpan impian untuk ke pentas antarabangsa namun tidak akan sesekali melanggar hukum agama. Tegas Zahiril lagi, setiap pelakon perlu pelbagai risiko demi menjayakan watak namun dia tetap dengan pendiriannya.

“Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tetapi jika diberi peluang siapa yang tidak mahu. Namun jika kerja itu meminta untuk melawan hukum Allah, saya rela tolak.

“Ya, seorang pelakon sepatutnya perlu lakukan apa sahaja demi watak.Bergantung kepada pelakon itu sendiri. Bagaimanapun, saya ada agama dan prinsip sendiri. Saya tidak akan sesekali ketepikan perkara tersebut,” katanya.