Ketika barisan selebriti lain sedang giat mempromosikan barangan masing masing menjelang Aidilfitri kali ini, nampaknya ada perkara yang kurang enak menimpa pelakon Aeril Zafril apabila terdapat ‘benda asing’ di booth perniagaannya.

Perkongsian Aeril di Instagram mengenai perkara berkenaan ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada peminya dan pengikutnya di laman sosial tersebut. Sementara itu menurut Aeril, dia mengetahui siapa gerangan di sebalik perlakuan terkutuk berkenaan.

“Jumpa bendala ni kat booth masa meniaga malam tadi kat PWTC. Apalah niat sebenarnya? Astaghfirullah. Bulan Ramadhan pun nak buat macam ni. Bukan booth kat KL je, booth kami kat Johor pun sama, staf jumpa benda yg sama”

“Zaman sekarang ada lagi orang percaya benda benda ni. Dah bawa pergi jumpa pakar dalam bidang ni, ternyata benda ni sihir! Cukup cukup la. Percaya pada rezeki masing masing. Hasbunallahhu wani’malwaqil ni’malmaula wani’malnaseer. #iknowwhouare,” luahnya di Instagram.

Walaupun ada segelintir komen yang menyifatkan apa yang dikongsikan oleh Aeril itu bukan perkara serius namun dalam masa yang sama ia juga menyedarkan orang ramai terutamanya peniaga supaya tidak menggunakan cara sihir demi meningkatkan perniagaan sendiri. (rtky/s)