fbpx

Siapa di’sini sudah pun menonton episod pertama drama bersiri Bicara Hati yang bersiaran pada 3 Januari yang lalu.

Pendapat kami, drama bersiri ini menarik dan boleh menjadi hits jika trend lakonan dan jalan cerita yang ada di’teruskan sehingga ke akhir jalan cerita.

Kisah yang ingin kami bawakan ini bukan untuk menjatuhkan drama bersiri yang bakal menjadi salah satu kegemaran kami ini, tetapi sebagai teguran — eleh, siapalah kami untuk menegur.

Menurut sumber kami yang rapat dengan produksi Bicara Hati, ada beberapa masalah timbul sejak mula penggambaran sehingga ke hari ini — dan banyak melibatkan cara kerja yang sepatutnya profesional tetapi menjadi kelam kabut dan tidak menentu. 

Pertamanya, pihak produksi di’khabarkan tidak mengeluarkan sebarang jadual penggambaran sehingga merumitkan usaha pelakon untuk mengambil kerja luar selain yang terikat dengan Bicara Hati.

Ada juga dengar dengar sebahagian pelakon sudah serik untuk terus berlakon di’bawah pengurusan produksi yang sama menerbitkan Ombak Rindu.

Seorang krew produksi turut memaklumkan yang pihak produksi sukar untuk keluar duit membayar bayaran lokasi penggambaran kerana menganggap semuanya adalah percuma.

Lebih mengharukan, sumber turut memberitahu yang Pengarah Fotografi asal untuk drama bersiri ini, Malek Marwi telah pun meletak jawatan gara gara sikap tidak professional pihak produksi.

Sayang juga sebenarnya apabila mendengar kisah sebegini dari team produksi yang kita tahu mempunyai hasil kerja yang cemerlang. Harapnya ada tindakan yang segera untuk memperbaiki keadaan. Hmm.