fbpx

Penantian hampir 20 tahun bakal berakhir (OMG, kami rasa sudah terlalu tua) apabila ada sumber menyebut yang filem komedi epik ini bakal memiliki sekuel.

Dumb and Dumber yang di’terbit pada tahun 1994 merupakan satu filem komedi kegemaran kami yang masih muda remaja ketika itu & antara karya terbaik lakonan aktor Jim Carrey.

Sebuah prekuel untuk filem ini pernah terbit sekitar tahun 2003, namun ia’nya satu kemusnahan yang teramat sangat tanpa kelibat Jim Carrey dan Jeff Daniels.

Namun, sumber terapat dengan pihak produksi mengatakan penggambaran filem Dumb and Dumber 2 bakal bermula sekitar September 2012 ini. Yeah! 

Pengarah asal filem ini, Peter Farrelly memberitahu menerusi laman Twitter beliau baru baru ini, filem sekuel ini akan menyaksikan kembalinya pelakon asal iaitu Jim Carrey & Jeff Daniels.