fbpx

“Sumbang Mambang, Vokal Ke Laut Syok Sendiri Menyanyi”

Nampaknya lagu single terbaru Fazura, berjudul Can’t Forget Me semakin mendapat tempat dihati ramai pendengar apabila berjaya menduduki tangga pertama carta muzik iTunes, sekaligus berjaya menewaskan lagu bintang tersohor antarabangsa, Ariana Grande.

Baru-baru ini Fazura telah menyanyikan lagu tersebut secara langsung di Konsert Elmina Lakeside. Di konsert tersebut Namawee dan Shane Fillan dari Kumpulan Westlife turut diundang untuk membuat persembahan.

BACA: Lagu Baru Fazura Tewaskan Lagu Ariana Grande

Namun, nyanyiannya secara langsung di konsert tersebut mendapat kritikan daripada netizen. Ini bukan kali pertama suara Fazura dikritik. Ada juga seorang netizen meluahkan rasa kecewa dengan mutu suara Fazura serta mengatakan lagu tersebut tidak sesuai suaranya.

Bagaimanapun, ada netizen yang memuji cara nyanyian Fazura menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini.

Kata netizen lagi walaupun persembahan secara live itu tidak 100 peratus sempurna, namun Fazura menyanyi dengan baik sekali. Apa-apa pun lagu baru Fazura ini memang sedap didengar.