fbpx

Lagu Baru Fazura Tewaskan Lagu Ariana Grande

Baru sahaja beberapa jam dilancarkan, lagu single terbaru Fazura, Can’t Forget Me berjaya menduduki tangga pertama carta muzik iTunes. Malah lagu tersebut juga berjaya menewaskan lagu bintang tersohor antarabangsa, Ariana Grande.

BACA: Pembikinan Klip Video Fazura Menelan Kos Paling Mahal

“Hari Jumaat yang penuh rahmat, Subhanallah. Terima kasih semua yang mendengar lagu ini. Apapun, saya masih menggemari Ariana Grande. Lagu terbarunya sangat ‘lit’. Berada di tangga pertama selepas tujuh jam dilancarkan sangat mengejutkan saya”

“Namun, saya tetap berpijak di bumi nyata. Saya gembira kerana anda semua menyukai lagu ini, seperti juga saya. Dengarkan dan yakinlah diri anda sangat perkasa,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Difahamkan isteri kepada Fattah Amin itu merakamkan lagu hasil ciptaanya sendiri dengan kerjasama dari pihak luar negara, Willy Beaman dan Cameron Forbes di Los Angeles, California, tahun lalu.

Malah video muzik berkenaan juga melakar sejarah tersendiri apabila ia dikatakan video muzik paling mahal pernah dihasilkan oleh Universal Music Malaysia untuk artis tempatan. Wah! hebat betul Fazura! (rtky/w)