fbpx

Sukar Berjauhan, Intan Najuwa Akui Rindu Tunang

Selamat bertunang pada penghujung Ogos lalu, Intan Najuwa kini bahagia menantikan hari bahagia bersama encik tunang. Namun semalam Intan meluahkan rasa rindu terhadap tunangnya kerana terpaksa berjauhan sebentar.

BACA: “Tunang Saya Tahu Apa Saya Buat, Sila Jaga Pasangan Sendiri”

Menerusi Instagram, Intan meluahkan rasa rindu terhadap tunangnya kerana terpaksa berjauhan demi kerja. Selain itu Intan sempat berpesan kepada tunangnya agar tidak ‘nakal’ semasa ketiadaannya disisi.

Di ruangan komen lain pula ceritanya apabila netizen mula membanjiri dengan pelbagai kecaman hingga ada peminat menasihati Intan agar menutup ruangan komen sahaja daripada terus dikecam.

Namun sehingga sekarang nampaknya Intan masih membuka ruangan komen kepada umum. Difahamkan Intan kini berada di Langkawi bagi menjalani pengambaran untuk sebuah drama terbarunya. (rtky/w)