fbpx

Suhaimi Saad Tinggalkan Wasiat, Ramal Hari Kematiannya Dah Dekat?

Sering sahaja mencetuskan kontroversi, baru-baru ini bekas penyanyi nasyid sensasi, Suhaimi Saad seolah memberi bayangan hari kematiannya yang dijangka semakin hampir.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi memuat naik wajahnya dan wasiat gambarnya untuk digunakan sekiranya dia tiada suatu hari nanti.

BACA: Netizen Nak Hadiahkan Dua Kapak, Suhaimi Saad Mahu Balas Beri Dua Batu Nisan

“Nampaknya hari kematian ss semakin mendekat. MasyaAllah. So nak la sampaikan sikit wasiat. kat sini ada 3 keping gambar.

“Pilih la salah satu untuk buat hebahan tentang kematian ss nanti. Jangan guna gambar sufian suhaimi atau remy pulak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut meminta agar peminatnya membacakan doa seperti yang ditulis di perkongsian tersebut.

“Lagi satu, tak perlu tulis Alhamdulillah. Tu bahasa bumi datar. Cukup inna lillahi wa inna ilayhi ro ji’uun. Lepas tu hadiahkanlah doa ni. Allahummagh fir suhaimi saad warhamhu wa ‘a fihi wa’fu ‘anh,” tulisnya.

Pada perkongsian itu juga, Suhaimi turut menghalalkan hutang individu lain padanya dan seandianya ada yang masih berhutang boleh menghubungi isterinya, Ina Naim.

Kata Suahimi lagi, jika dia sudah meninggal nanti, berhentilah mengecam dirinya serta menasihati pengikutnya supaya tidak mengikut contoh tidak baik.

“Bermula saat tu, stop la kecam,kutuk atau fitnah SS lagi. Jangan ikut perkara atau contoh yang tak baik,ok.

“Mudah mudahan kematian ss nanti akan bagi banyak kebaikan dan keinsafan pada seluruh ummat khususnya rakyat malaysia,” tulisnya.