Netizen Nak Hadiahkan Dua Kapak, Suhaimi Saad Mahu Balas Beri Dua Batu Nisan
Umum mengetahui, baru-baru ini bekas anggota kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad mengumumkan dirinya meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid.
Bagaimanapun, Suhaimi berkata dia akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang dianggotai oleh isterinya, Ina Naim dan anak-anak.
BACA: Bersara Jadi Penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad Dah Rekod Lagu Rock Kapak
Malah, Suhaimi juga memaklumkan dia baru sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa.
Susulan pengumumannya itu, seorang netizen memuat naik posting mahu menghadiahkan Suhaimi dua bilah kapak sebagai tanda sokongan.
Perkongsian netizen itu mendapat perhatian Suhaimi yang mengucapkan terima kasih serta mahu membalas dengan memberikan dua batu nisan kepada individu tersebut.
Terdahulu, Suhaimi turut meminta orang ramai tidak lagi menggelarkan dirinya sebagai ustaz dan akan menyekat pengikut yang memintanya menyanyikan lagu In-Team ketika sesi Live.
- SUMBER
- Kopi Planet
Rajin betul ko up citer dia ek RK?!
Gelong!
kenapa nk up cte dia..si ss tu saje je buat cerita..nk promote diri dia..RK pls lah up cerita lain….
kang aku plk boikot ko RK
SOHAIMI KO INGAT POKCIK TU JE KE PERLU BATU NESAN. NGKO INGAT NGKO MATI BILA DAH TUO JE KE. KO JAGA LA ANAK BINI NGKO BAIK2 INGAT TU LELAKI X JLN KAN TANGGUNJAWAB DOSA
Gosip yg x bermanafaat layan dia ni
Mcm mn suami isteri dpt byr bil bulanan? Dua2 takde income..curious aku
Tak de gambar lain yg RK boleh post ke.. amat la x berkenan dgn gambo terjelir tu.. eeeuuuwww sgt.. hahaha
Ampun! Prasan encem ke mamat ni???? Kuor muntah purple aku nengok. Ada saper2 nak hadiahkan iron mask kt dia ni?? Aku tulong pateri mati.
Admin please stop siarkan isu berkaitan dengan Suhaimi Saad..