Suhaimi Saad Tak Nak Anak Ada Sijil Degree, Master & PhD
Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.
Malah, Suhaimi juga mempunyai alasan tersendiri sebab mengapa dia memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.
BACA: Suhaimi Saad Tolak Kepercayaan Allah Ada Di Mana-Mana
Terbaru, Suhaimi ada menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan mengenai pembelajaran anak-anaknya itu sekiranya mereka tidak menduduki peperiksaan.
Menurut Suhami, mungkin cara pemikirannya berbeza namun keutamaannya hanyalah untuk mendapatkan keredaan daripada Allah.
@mosusofficial Reply to @shahrimhazrie sijil bukan jaminan seseorang tu berjaya dan dapat pekerjaan yang baik #fyp #viral #sijil
“Saya cuba jelaskan, pertama sekali, saya nak korang faham yang cara fikir, cara hidup dan matlamat hidup saya tak sama seperti orang kebanyakkan tapi saya tak pernah merasakan saya ini yang terbaik.
“Tujuan saya belajar dan bagi pendidikan serta ilmu pada anak-anak adalah jelas. Kita belajar kerana Allah. Belajar untuk dapatkan ilmu, beramal dan berbakti pada diri, keluarga agama, bangsa dan negara.
“Sijil degree, master dan phd semua nombor dua atau tiga. Itu bukan matlamat dan sasaran kita yang utama,” katanya.
Kata Suhaimi lagi, berdasarkan apa yang dilihat ramai yang mempunyai ilmu namun ia membuatkan mereka terleka serta lari daripada matlamat hidup yang sebenar.
“Saya pernah masuk tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, mahad tahfiz dan UIA, saya perhati ramai orang yang ada ilmu, kelulusan dan jawatan tapi solat pun tak.
“Bila mereka dapat jawatan, dia mengamalkan riba. Bila ada kedudukan, dia beri dan terima rasuah. Dia pecah amanah dan tiada intergriti. Ilmu, kelulusan, sijil dan jawatan ada. Jadi, saya tidak mahu ini berlaku pada anak-anak.
“Kita hidup di dunia ini dengan matlamat untuk kekal di syurga. Dunia ini cuma jambatan sahaja. Jadi, sijil bukan keutamaan.
“Memang saya tahu ada yang menganggap sijil ni penting sangat tapi bukan bagi saya. Ramai yang saya kenal belajar di pondok dan tahfiz, hidup mereka lebih berjaya dan kehidupan mereka lebih baik,” katanya.
Bagaimanapun, Suhaimi berkata dia tidak menghalang jika suatu hari nanti anaknya mahu mengambil ujian atau peperiksaan khusus serta mahu menyambung pelajaran.
“Kehidupan ini bukan dinilai melalui sijil, kelulusan atau kedudukan. Yang tengok baik buruk kita, berjaya atau tidak ini hanya Allah. Kejayaan itu harus dinilai dari sudut pandang Allah SWT dan bukan manusia.
“Kalau nak sangat sijil nanti bila dah cukup umur, boleh daftar sebagai calon persendirian di sekolah-sekolah yang berhampiran. Kita dudukilah SPM tahun tu belajar betul-betul. Bila dah dapat sijil bolehlah nak sambung ke mana-mana yang kita mahu,” katanya.
Suhaimi dan Ina dikurniakan empat anak, n 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
btol tu hidup utk Allah. tapi ilmu itu luas. Nabi juga pernah sabda yg ilmu yg kita capai di dunia tulah ilmu yg akan kita bawa ke syurga. dan ilmu di dunia berserta iman yg kukuh yg akan tingkatkan darjat kita di syurga. nak capai ilmu kat dunia tak semestinya kita tinggalkan solat. ramai yg da buat. kena ada kekuatan sbg ayah nak didik anak duniawi and ukhrawi dgn btol. kalau belom mampu, jgn bersungguh2 boikot skola seperti ianya confirm akan jerumus org lain yg tak ikut akal fikiranmu masuk neraka. diri sendiri je yg betul. harap maklum
aku trtanya2 ank2 ko ade kwan x?ke duk umah 24 jam .jgn smpi stu ari ntt ank2 ko brontak time rmaja ntt.
You are a disgrace to the Malays and Islam. We should strive to be best and also ensure our children gets the best of Dunia and Akhirat. Pity your children, their future will be gloomy due to your ignorance and selfishness
eloklah.. nanti anak2 pun sama bebal mcm bapak dia
Disgraceful human being especially to the malay community and islam. Pity to the children and his wife, what a bleak future they will have
Sijil sekolah tadika pun jgn harap..apatah lg pt3..
Mana komen2 ilang?
What
Disgraceful human being, a low critter that disregard fundamental rights to proper education to his children. Embarrassment to the malay community and islam in general
kiranya kalau xde degree, master, phd semua tu KONFEM MASUK SYURGA ke cemana?
yg kitorg ramai2 ada sijil ni semua AHLI NERAKA ke cemana?
Well done …. Cerah masa depan anak anak di bidang politik … Bro jangan lupa ambil borang UMNO untuk anak anak ko ya ….
Tahniah …
Extreme sangat. Kesian anak². Boleh je belajar dekat sekolah/university macam biasa tapi dekat rumah terapkan bab² agama, ilmu akhirat & sifat² mulia. Biar seimbang. Ikut konsep Wasatiyyah dalam Islam.
tak de duit miskin mcm dia ni. dihina.. ada duit mcm ustazah hasmah beli rumah baru pun dihina.. tak tau la apa manusia tu nk
first step to iman is bole terima nasihat. kalau tak bole terima nasihat, rasa diri tu da tahap dewa tak bole terima cakap org lain, lagi teruk bila secara terangan menolak nasihat baik, tepuk dada tanya diri sendiri. sebab iblis pon dulu sikit lebih kurang mcm tu. nauzubillahminzalikp
org yg tak ada sijil degree master pun tetap buat semua kemungkaran amalkan riba pecah amanah dan sebagainya
Diploma okay kut?
nak ada degree macamana, upsr pun takde anak2 ko tu. mmg sejenis bapak bangsat
Gumbira hati Pak Mael Beruk UmNgok mendengar.. Yes semakin ramai Rakyat jelata berjaya d perbodohkan oleh politik Malaysia… Tahniah. Lps ni Dafot Kentot Bus bus leh take oberrr.. Sbb yg pandai ya anak meke meke jer… Leh sepeking London jahhhh.. Ank ko.. Cakap Melayulah
kenapa tajuk camtu.. dia tak cakap pun dia tak nak ambik sijil sijil tu semua untuk anak anak dia. dia kata nanti boleh ambil sendiri exam exam tu..
cuma dia tekankan dia ajar anak anak dia cara hidup.. exam exam semua tu boleh apply ikut calon persendirian..
tolong min.. jangan fitnah