fbpx

Suhaimi Saad Persoal Kewujudan Graviti Pula

Jika sebelum ini Suhaimi Saad tidak berpuas hati dengan penjelasan angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana tidak bersumpah berkenaan bentuk bumi, kini Suhaimi mempersoalkan tentang graviti pula.

BACA: Penganjur Gugurkan Suhaimi Saad Dari Sertai Konsert

Kenyataan itu disuarakan Suhaimi selepas menjawab teori seorang pensyarah fizik yang menjelaskan tentang teori bentuk muka bumi. Soal Suhaimi, jika graviti bumi boleh menarik air laut, mengapa tidak burung dan belon?

“Ni ada pulak pensyarah fizik mana entah nak bagi penjelasan kononnya. Tak payah la buang masa. Nampak sangat nak tumpang. Untuk pengetahuan tuan pensyarah, SS langsung tak percaya pada teori graviti tu”

“Kalau graviti bumi tu boleh tarik air laut yang berjuta juta tan tu, Kenapa graviti tu tak mampu menarik burung dan belon yang lebih ringan?
Pandai pulak graviti tu memilih benda eh,” tulisnya.

Dan seperti biasa, persoalan Suhaimi itu mengundang rasa marah netizen. Malah ada netizen dengan sinis menyindir tindakan Suhaimi tidak menghantar anak ke sekolah menyebabkan beliau berfikir begitu.

Melihatkan Suhaimi kerap memberikan kenyataan balas, mungkin Suhaimi sendiri seronok dengan perhatian yang diberikan. Jadi apa pula pendapat anda mengenai pandangan Suhaimi kali ini? (rtky/w)