fbpx

Penganjur Gugurkan Suhaimi Saad Dari Sertai Konsert

Panas dihimpit pelbagai kontroversi kebelakangan ini, Suhaimi Saad memberitahu namanya telah digugurkan oleh pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena yang bakal berlangsung pada 20 April depan.

BACA: Hafiz Hamidun Minta Suhaimi Saad Berhenti Buat Kenyataan

“Disebabkan kontroversi-kontroversi yang melanda saya kebelakangan ini, pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena telah pun menggugurkan saya daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan”

“Semoga konsert tersebut akan berlangsung dengan meriah dan jayanya walau tanpa kehadiran saya. Rezeki setiap kita telah pun Allah tentukan. Sabar dan redha adalah kemenangan sebenar. HasbiyAllah,” tulisnya.

Bagaimanapun pihak penganjur, KGM Event menjelaskan keputusan terbabit diambil setelah perbincangan daripada pihak Suhaimi dan juga turut dipersetujuinya. Malah ianya juga peluang untuk Suhaimi ‘berehat’.

Dalam masa yang sama, pihak KGM juga kesal dengan beberapa kenyataan Suhaimi sebelum ini yang menimbulkan provokasi dan rasa kurang senang pelbagai pihak. Semoga Suhaimi menerima keputusan ini dengan terbuka. (rtky/w)