fbpx

Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Terbaru, Suhaimi mengumumkan dirinya meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Perkara itu dimaklumkan oleh Suhaimi menerusi Instagram miliknya semalam.

BACA: Suhaimi Saad Bengang Neelofa, PU Riz Dikecam

Menerusi entri itu, Suhaimi turut meminta orang ramai tidak lagi menggelarkan dirinya sebagai ustaz dan akan menyekat pengikut yang memintanya menyanyikan lagu In-Team ketika sesi Live. Dalam pada itu, Suhaimi turut memberi amaran kepada haters supaya tidak lagi mengganggu hidupnya.

“SS (Suhaimi Saad) letak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Tak perlu panggil Ustaz. Panggil SS atau Mie je. Siapa degil, SS akan kompaun dan blok,” tulisnya.

Terdahulu, Suhaimi tetap dengan pendiriannya menolak vaksin Covid-19. Malah, Suhaimi berkata dia lebih rela mati daripada membiarkan agamanya dihina dan diperbodohkan oleh musuh Islam.