fbpx

Suhaimi Saad Bengang Neelofa, PU Riz Dikecam

Meskipun ramai yang mengecam selebriti popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz yang didakwa sudah beberapa kali melanggar prosedur operasi standard (SOP), namun masih ada yang menyokong pasangan tersebut.

Termasuklah penyanyi nasyid kontroversi, Suhaimi Saad yang tidak berpuas hati Neelofa dan suaminya dikecam teruk oleh netizen di media sosial.

BACA: Bidas Kenyataan Ridhuan Tee, Suhaimi Saad Backup Siti Nurhaliza

Menerusi perkongsian di Instagram, Suhaimi meluahkan rasa tidak puas hati serta memberi teguran terhadap netizen yang tidak berhenti mengecam pasangan itu.

“Orang langar prosedur operasi standard (SOP) , kau sibuk tularkan. Kau dapat apa? Menteri rasuah, halalkan dadah, arak serta judi itu kenapa tidak menentang, tidak ditularkan habis-habisan?

“Hang, adik beradik dan keluarga sempurna sangat ke? Betulkan diri serta keluarga kau dahulu, buruk sungguh perangai. Islam, tetapi perangai iri hati, busuk hati, khianat serta jahat,” luahnya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian Suhaimi turut menyatakan sokongan serta memberi kata-kata semangat buat Neelofa dan suami.

Kata Suhaimi lagi, dia memahami apa yang dilalui oleh pasangan tersebut kerana dia juga pernah berdepan situasi sama apabila dikecam teruk oleh netizen.

“Doa abang selalu mengiringi Fa dan Riz. Semoga Allah selalu menjaga dan diberi pahala yang banyak atas segala susah payah kamu berdua.

“Sabarlah dinda berdua, dunia memang tempat penat. Mudah-mudahan Allah jadikan syurga tempat kita berehat,” tulisnya.