fbpx

Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Bulat Sfera

Sebelum ini, kenyataan Suhaimi Saad mengenai saiz matahari dan bulan hampir sama besar dibidas oleh seorang wanita yang juga merupakan seorang doktor serta dikecam teruk oleh netizen.

Nampaknya bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi itu bulat sfera.

BACA: “Sungguh Tersesat Ilmunya, Dia Sudah Hilang Waras”

Ujarya lagi, jika angkasawan negara itu berani berbuat demikian, dia akan berhenti untuk membuat kajian berhubung hal tersebut dan akan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bahawa bumi ini sebenarnya rata.

 

Suhaimi juga turut meminta netizen untuk menunjukkannya dimana langit dunia seperti yang disebutkan di dalam surah Al-Mulk.

Dalam pada itu, Suhaimi memberitahu dia tidak teragak-agak untuk menyekat dan memadam komen netizen berhubung isu tersebut, malah turut manyamakan haters dengan lembu serta melabel mereka sebagai munafiq dan orang bodoh.

Terdahulu, Suhaimi Saad dikecam teruk kerana tidak menghantar anak ke sekolah. Malah Suhaimi juga pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan membuang ubat hospital.