fbpx

Bidas Kenyataan Ridhuan Tee, Suhaimi Saad Backup Siti Nurhaliza

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kenyataan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai kumpul pahala berganda-ganda di sepuluh malam terakhir Ramadan selepas majlis tahnik anaknya dikecam teruk.

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee yang mempersoalkan kenyataan Siti itu.  Dr. Ridhuan turut meminta supaya budaya mempergunakan nama ‘ustaz’ demi menyembunyikan kesalahan dilakukan sendiri perlu dihentikan.

BACA: “Ustaz Mana Yang Artis Ini Rujuk Kumpul Pahala Berganda-Ganda?

Nampaknya, penyanyi nasyid kontroversi Suhaimi Saad turut memberikan pendapatnya mengenai isu tersebut serta tampil mempertahankan penyanyi nombor satu negara itu.

Kata Suhaimi, pahala berganda-ganda bukan diperkatakan oleh ustaz tetapi Nabi sendiri yang menjelaskan mengenai perkara itu.

“Betullah apa yang siti tulis tu. Aku sokong Siti. Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap, memang pahala ibadah kita dalam bulan Ramadhan ni Allah gandakan.

“Bila orang kata, umpat, aibkan dan fitnah kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar. Takkan benda basic (asas) macam tu pun tak tahu. Kata ustaz,” tulisnya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut memohon Dr Ridhuan Tee tidak masuk campur dalam isu tersebut serta tidak lagi memburukkan keadaan.

“Tak payah nak burukkan keadaan la ustad.makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustad. nak tibai siti, pastu nak bela netizen2 langau ni ke apa?”

“Patut ustad tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni.
Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustad. Stop stop la politikkan semua benda.malu dekat Allah,” tambahnya.