fbpx

Sufian Suhaimi Tidak Minat Wanita Kasar, Pemalas

Biarpun pelbagai kepahitan ditempuhi sepanjang 2018, bagaimanapun Sufian Suhaimi menjadikan ia sebagai tahun terbaik buat dirinya. Ujarnya lagi, walaupun banyak dugaan menimpa sehingga kisah peribadinya menjadi buah mulut orang ramai, namun dia berjaya melaluinya.

BACA: Sufian Suhaimi Ucap Selamat Maju Jaya Buat Elfira Loy

“Apa yang boleh disimpulkan, tahun ini boleh diibaratkan sebagai roller coaster dalam hidup saya kerana saya berusaha keras untuk mengimbangi antara kisah peribadi, karier dan pelajaran.

“Biarpun bukan mudah, lebih-lebih kisah peribadi sebelum ini menjadi bualan ramai, namun rasanya, saya telah berjaya mengawal segala perkara dengan cara terbaik,” katanya kepada Kosmo!

Pernah berdepan episod kecewa dalam soal percintaan, Sufian memberitahu dia tidak serik untuk bercinta namun soal jodoh belum lagi menjadi keutamaan. Bagaimanapun, Sufian berkata dia tidak menghalang jika ditakdirkan ada jodoh yang datang.

“Menarik juga tu (ketawa). Saya tidak dapat memberi apa-apa komen mengenai hal hati dan perasaan. Saya juga tidaklah serik bercinta atau tidak mahu mencari kekasih hati.

“Cumanya, sekarang saya memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang saya minat iaitu membikin lagu. Seandainya, dalam perjalanan itu saya terjumpa seseorang dan kami suka sama suka, apa salahnya,”

Dalam pada itu, Sufian turut mendedahkan ciri gadis idamannya iaitu seseorang yang boleh menjadi kawan, serasi bersama, sopan santun, tidak kasar dan tidak malas.