fbpx

Sufian Suhaimi Tak Kemaruk Mencari Cinta

Hampir dua tahun episod putus tunangnya berlalu, nampaknya penyanyi Sufian Suhaimi masih solo dan belum menemui pengganti lagi meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita cantik.

Menurut Sufian, dia percaya bahawa jodoh adalah rahsia Tuhan dan dia tidak kemaruk untuk mencari cinta. Ujarnya lagi, dia tidak mahu membebankan fikiran dengan soal hati dan sabar menanti agar diketemukan gadis istimewa.

BACA: Sufian Suhaimi Cipta Puisi Untuk Tun Mahathir

“Masa saya banyak dihabiskan dengan memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan perniagaan.

“Terbaru, saya lancarkan buku puisi, Di Matamu : Senandika Sufian Suhaimi… Jadi masa saya sentiasa terisi,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Sufian berkata dia kini banyak meluangkan masa dengan anak angkat, Faeq Razeeq yang sentiasa memerlukan perhatian.

Diharap Sufian bersabar dalam mencari jodoh kerana ianya pasti akan hadir suatu hati nanti. Apa pun semoha Sufian ditemukan dengan gadis idamannya suatu hari nanti.