fbpx

Sufian Suhaimi Cipta Puisi Untuk Tun Mahathir

Menyanjung tinggi kepimpinan dan keperibadian Tun Dr Mahathir Mohamad, penyanyi Sufian Suhaimi mencipta puisi khas untuk Perdana Menteri Interim itu di dalam buku puisi sulungnya yang berjudul, Di Matamu Senandika Sufian Suhaimi.

Menurut Sufian dia sangat menggumi kepintaran Perdana Menteri ke-7 itu dan meskipun kini sudah berusia 94 tahun, namun beliau masih gigih untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

BACA: Sufian Suhaimi Mahu Main Tinder Cari Calon Kekasih

“Puisi itu adalah pengamatan saya dalam banyak aspek termasuk personaliti dan kepintaran Dr Mahathir biarpun dihambat usia.

“Saya melihat Dr Mahathir sebagai sosok yang dikagumi ramai. Jasa dan sumbangannya cukup besar kepada kita rakyat Malaysia dan seluruh dunia,” katanya kepada BH Online.

Buku puisi itu memuatkan 66 sajak dan luahan bicara Sufian berkisar pengalaman hidup, cinta, keluarga, kerjaya dan cita-cita yang dikumpul sejak 2012 lagi.