fbpx

Sufian Suhaimi Nafi Tutup Pintu Hati, Tak Ada Calon Sesuai

Hampir dua tahun episod putus tunangnya berlalu, nampaknya Sufian Suhaimi masih solo dan tidak menemui pengganti lagi. Menurut Sufian, dia tidak mahu terburu-buru mencari cinta dan menyerakan soal jodoh kepada takdir.

Sufian juga menafikan dakwaan kononnya dia menutup pintu hati untuk bercinta kembali, cuma dia belum lagi bertemu dengan pengganti yang sesuai. Ujarnya lagi, dia menerima andai ada jodoh yang datang.

BACA: Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat, Faeq Razeeq

“Kalau nak ikutkan, untuk permulaan tahun ini saya memang ada banyak perancangan untuk kerjaya seni tapi ia bukan alasan untuk saya tutup pintu hati.

“Saya tidak letak sebaran sasaran untuk bercinta sebab sekarang pun belum ada kekasih atau calon yang sesuai.

“Bagi saya kalau ada jodoh, saya terima saja. Apa-apa pun kita tengok dulu macam mana perjalanan saya untuk tahun 2020,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sufian turut berkongsikan perancangannya pada tahun 2020 iaitu menceburi bidang perniagaan produk bayi dan idea itu timbul selepas mengambil anak angkat, Faeq Razeeq pada tahun lalu.