fbpx

Sufian Suhaimi Hangat Bercinta Dengan Jasmine Suraya?

Selepas episod putus tunangnya dengan Elfira Loy, tiada pula dengar Sufian Suhaimi sudah menemui pengganti. Mungkin Sufian seolah sudah menutup pintu hatinya.

Bagaimanapun, kemunculannya di majlis meraikan ulang tahun kelima Jasmine Suraya dalam dunia seni mencetuskan spekulasi dan ramai tertanya-tanya mengenai hubungan mereka.

BACA: Sufian Suhaimi Bercinta Dengan Pembaca Berita?

Pada majlis tersebut, Sufian menghadiahkan dua lagu kegemaran Jasmie di hadapan lebih kurang 30 peminat.

“Jika kehadiran saya dapat membuatkan seseorang gembira, kenapa saya tidak lakukannya? Saya percaya perkara ini diatur pengurusan saya dan dia (Jasmine). Kebetulan, saya tidak ada komitmen lain, jadi tak salah untuk saya ceriakan majlis itu,” katanya kepada BH Online.

Namun, Sufian memberitahu dia sudah biasa dengan gosip tersebut dan perkara itu tidak perlu disensasikan. Dalam masa sama penyanyi Di Matamu itu juga mengakui meminati Jasmine Suraya dalam diam.

“Secara kebetulan, Jasmine meminati lagu Di Matamu dan sukakan bakat saya.

“Saya sudah biasa dengan gosip dan apa yang orang cakap. Kejutan yang saya beri ini tidak lebih daripada menyokong karier Jasmine. Jasmine antara hos yang saya suka tonton di kaca televisyen. Dia macam ‘crush’ saya,” katanya.