fbpx

Sufian Suhaimi Bercinta Dengan Pembaca Berita?

Selepas episod putus tunangnya dengan Elfira Loy, tiada pula dengar Sufian Suhaimi sudah menemui pengganti. Penyanyi lagu Di Matamu itu seolah sudah menutup pintu hatinya.

Namun, baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Sufian menjalin hubungan dengan seorang pembaca berita iaitu Hawa Rizwana yang juga mempunyai wajah mirip Neelofa.

BACA: Sufian Suhaimi Dipilih Sebagai ‘Most Admired Leader’

https://www.instagram.com/p/By5GVWWgttx/?utm_source=ig_embed

Bagaimanapun, Hawa Rizwana menafikan dakwaan tersebut. Jelasnya lagi, mereka hanya berkawan baik sahaja dan mengenali Sufian sejak dia menyambung pengajian di UiTM.

“Ketika itu Sufian di bawah kendalian ayah (Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman) yang juga pensyarah di UiTM. Sufian sering datang ke rumah di Subang Jaya dan sejak itu kami berkawan.

“Saya tiada ‘feeling’ (perasaan) untuk percintaan dan kami juga tidak ke arah itu. Saya mahu katakan bukan pengganti Elfira Loy (bekas tunang Sufian),” katanya kepada Harian Metro.

Hawa turut menjelaskan dirinya bukanlah pengganti Elfira Loy sepertimana yang diwar-warkan. Dalam pada itu Hawa berkata, selain Sufian dia juga berkawan dengan Elfira sehingga kini.