fbpx

Sufian Suhaimi Doa Kebahagian Elfira Loy, Tunang

Baru lalui episod perpisahan, Sufian Suhaimi tidak mengetahui bekas tunangnya, Elfira Loy selamat mengikat talli pertunangan dengan anak datuk semalam. Pun begitu, Sufian mendoakan agar pasangan itu bahagia sampai syurga.

BACA: Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk?

“Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah. Semoga bahagia sampai syurga,” ucapnya ringkas kepada m Star Online mengenai berita pertunangan Elfira semalam.

Menurut laporan, Elfira dan jejaka yang dikenali sebagai Faris telah selamat bertunang di kediaman gadis itu di Alam Damai secara tertutup. Majlis pertunangan ringkas itu hanya dihadiri kenalan rapat.

Difahamkan Faris yang juga anak kepada seorang ahli perniagaan yang kini bekerja di syarikat bapanya, baru berkenalan beberapa bulan dengan Elfira. Namun membuat keputusan untuk bertunang terus.

Sebelum ini, Sufian mengikat tali pertunangan dengan Elfira pada Oktober tahun lalu secara besar-besaran namun hubungan itu terputus pada Febuari lalu. Syabas Sufian kerana sudah move on, siap ucapkan tahniah lagi kepada Elfira! (rtky/w)