fbpx

Sufian Suhaimi Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records

Boleh dikatakan 2019 merupakan tahun yang baik buat penyanyi Sufian Suhaimi. Sebelum ini, lagu sedih yang sinonim dengan rakyat Malaysia Di Matamu berjaya memecahkan rekod lagu artis Malaysia yang meraih tontonan tertinggi di YouTube.

Nampaknya, Sufian Suhaimi mencipta sejarah tersendiri apabila lagu nyanyiannya itu tersenarai dalam Malaysia Book Of Records.

BACA: Sufian Suhaimi Bakal Terbit Buku Kisah Cinta, Keluarga

Di Matamu menerima penganugerahan itu di atas pencapaian jumlah tontonan tertinggi muzik video di Youtube bagi kategori lagu Melayu dan artis tempatan.

Dimuat naik pada 22 Mac 2018, sehingga ini, muzik video Di Matamu kini meraih lebih  56.485 juta tontonan.

Lagu Di Matamu dilancarkan tidak lama selepas peristiwa putus tunang diantara Sufian dan Elfira Loy pada 18 Feburari tahun lalu. Kemudian, muzik video lagu tersebut dilancarkan pada tarikh yang sepatutnya menjadi hari pernikahannya bersama Elfira.