fbpx

Sufian Suhaimi Bakal Terbit Buku Kisah Cinta, Keluarga

Boleh dikatakan 2019 merupakan tahun yang baik buat Sufian Suhaimi. Terbaru, Sufian bakal mengeluarkan buku puisi tulisannya berjudul Sanandika Sufian Suhaimi. Bakal diterbitkan beberapa bulan lagi, Sufian berkata koleksi puisi hasil nurkilannya itu menggunakan tajuk-tajuk lagunya.

BACA: “Babak Naik Helikopter Ditambah Pada Saat Akhir”

“Buat masa sekarang saya memang sedang sibuk dengan menguruskan pelbagai perkara dan antaranya saya sedang menulis buku puisi. Buku tersebut merupakan koleksi puisi yang saya tulis sendiri mengunakan tajuk lagu tapi jalan cerita yang berbeza.

“Buku itu sudah siap dalam 70 peratus dan saya mula menulis Februari lalu. Insya-Allah lagi beberapa bulan akan diterbitkan,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sufian memberitahu idea untuk mengeluarkan buku tersebut timbul ketika pertemuannya dengan sebuah universiti. Katanya lagi, kisah kelurga, kerjaya dan cintakan akan dikongsikan dalam buku tersebut.

“Sebenarnya idea ini muncul ketika berjumpa dengan pihak UUM dalam satu acara. Mereka berminat untuk buat projek lebih bernilai dari segi pendidikan.

“Lagipun sebagai seorang penyanyi yang mempunyai ijazah sarjana mungkin sedikit sebanyak dapat menyumbang dari segi berbeza bukan seni.

“Secara tidak langsung juga, peminat dapat melihat sisi berbeza Sufian. Malah kisah keluarga, kerjaya dan kisah cintanya akan dikongsikan dalam puisi,” katanya.