fbpx

Sufian Suhaimi Dipilih Sebagai ‘Most Admired Leader’

Boleh dikatakan 2019 merupakan tahun yang baik buat penyanyi Sufian Suhaimi. Awal tahun ini, Sufian memenangi anugerah persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL).

Kemudian, Sufian mencipta sejarah tersendiri apabila lagu nyanyiannya Di Matamu tersenarai dalam Malaysia Book Of Records selepas memecahkan rekod lagu artis Malaysia yang meraih tontonan tertinggi di YouTube.

BACA: Sufian Suhaimi Bosan Dengan Politik Lucah

Terbaru, Sufian Suhaimi tercalon dalam sebuah anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global yang akan berlangsung pada bulan depan di hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Menurut Sufian, pada awalnya dia tidak percaya dipilih sebagai penerima anugerah ‘Most Admired Leaders’ Asia Award 2019 dan menyangkakan ianya skim penipuan.

“Saya ingatkan ia skim penipuan. Rupa-rupanya anugerah itu memang ada. Selepas mereka menceritakan secara terperinci kepada saya mengenai anugerah itu, barulah saya tahu.

“Yang pasti, saya bersyukur terpilih sebagai satu daripada penerima kategori itu. Ada beberapa calon penerima lain berdasarkan bidang masing-masing dan saya terpilih untuk kategori hiburan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Sufian sangat berbesar hati menerima anugerah di peringkat antarabangsa itu dan berharap dapat membanggakan rakyat Malaysia.