fbpx

“Babak Naik Helikopter Ditambah Pada Saat Akhir”

Baru saja melancarkan single terbaru berjudul, Mencuba, penyanyi Sufian Suhaimi sekali lagi dikatakan  mengundang kontroversi apabila memaparkan babak menaiki helikopter dalam muzik video lagu tersebut.

Muzik video lagunya itu menjadi bualan ramai netizen, malah ada yang mengaitkan babak tersebut dengan kisah cinta dengan bekas tunangnya. Bagaimanapun, Sufian menjelaskan babak menaiki helikopter tiada dalam perancangan awal.

 BACA: Telefon Ex GF, Sufian Suhaimi Dikecam Mainkan Hati Wanita

“Babak itu ditambah pada saat akhir selepas saya menerima tawaran untuk menaiki helikopter secara percuma daripada sebuah syarikat penerbangan persendirian.

“Bagi saya babak tersebut menarik untuk ditambah. Jadi jika tiada tawaran itu, babak berkenaan tidak ada dalam muzik video tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sufian mengakui pada awalnya bimbang dengan babak tersebut, namun baginya setiap orang mempunyai padangan mereka tersendiri. Tegasnya lagi, video tersebut tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

“Sebenarnya saya takut juga babak helikopter itu boleh jadi isu besar atau menyinggung perasan mana-mana pihak. Tapi bila fikir balik tiada elemen negatif pun nak disampaikan dalam video itu.

“Tapi saya tak kisah pun apa orang nak kata. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai video tersebut.

“Yang pasti saya dah move on dengan kisah silam itu dan sejujurnya video tersebut tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Cuma babak-babak cinta tersebut menarik untuk ditonton,” katanya.