fbpx

Sufian Suhaimi Akui Dugaan Bertunang Kuat

Bakal mengikat tali pertunangan pada awal Oktober depan, Sufian Suhaimi akui bukan sahaja sebelum bertunang malah ketika merisik juga, beliau merasa tertekan dengan kritikan peminat yang tanpa henti memberikan komen negatif. Pun begitu, Sufian cuba berfikiran positif dan bersabar dengan dugaan yang dihadapinya.

BACA: Elfira Loy Berlatih Jadi Suri Rumahtangga

“Ramai cakap ujian ketika bertunang cukup kuat. Namun, sebelum bertunang dan ketika merisik pun saya sudah menerima pelbagai kritikan hingga agak tertekan. Namun, saya ambil semua itu dengan positif. Saya cuba hadapinya dengan sabar kerana tahu ujian dalam tempoh pertunangan lebih mencabar”

Seperti yang dimaklumkan Elfira Loy sebelum ini, Sufian juga masih tidak memutuskan bilakah tarikh perkahwinan mereka akan dilangsungkan. Namun Sufian mengharapkan tempoh pertunangan diantara mereka tidak terlalu lama, disamping mengharapkan doa dari peminat mereka untuk mendoakan segala persiapan dirancang dipermudahkan.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh, mungkin tahun depan akan melangsungkan perkahwinan. Saya tidak mahu meletakkan tempoh berapa lama bertunang kerana ia akan memberi tekanan. Lebih cepat (berkahwin), lagi bagus. Sekarang saya masih dalam proses menamatkan pengajian yang tertangguh akibat komitmen seni,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Terdahulu, difahamkan ramai yang mempersoalkan keputusan Elfira untuk bernikah kerana usianya yang masih muda. Malah pemilihan Sufian sebagai bakal suaminya juga turut dipersoalkan peminat kerana menganggap penyanyi itu tidak cukup matang untuk membimbing Elfira. Macam-macam pula kriteria peminat, seperti mereka pula yang nak berkahwin. (rtky/w)