Sudah lama Negatif COVID-19, Ashraf Muslim Minta Tinggal Lebih Lama Di Wad
Hampir sebulan dikuarantin dan dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif COVID-19 pada 12 April lalu, Ashraf Muslim berkongsikan berita gembira akhirnya dia dibenarkan pulang semalam.
Bagaimanapun, Ashraf berkata dia tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa meninggalkan rakan-rakan pesakit yang lain yang sudah dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri.
BACA: Dua Minggu Dikuarantin, Ashraf Muslim Reda Belum Pulih COVID-19
Ashraf Muslim juga turut mendedahkan dia sebenarnya sudah disahkan negetif COVID-19 pada sehari sebelum Ramadan lagi, namun memilih untuk tinggal di wad kerana ingin mengerjakan ibadah bersama-sama pesakit.
“Sebenarnya saya sudah lama negatif pada sehari sebelum Ramadan dan saya memilih tinggal di wad 31 untuk kuarantin diri di wad.
“Banyak sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yang dapat buat bersama-sama dengan pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang,” katanya.
Dalam pada itu, Ashraf memohon maaf di atas tindakannya itu dan meluahkan rasa syukur kerana dipilih oleh Allah untuk melalui pengalaman berharga itu. Katanya, banyak cerita dan pengalaman sepanjang berada di wad berkenaan.
“Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit-pesakit semuanya datang dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang tapi hanya satu sahaja yang kami inginkan iaitu ‘ketenangan’,” katanya.
Terdahulu, Ashraf disahkan positif COVID-19 selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Puteri Aishah.
- SUMBER
- mStar Online
Pendedahan ape ni???…positive covid tapi dibenarkan duduk lama.di wad dgn pesakit???.boleh mcm tu????..ape yg KKM cuba buat selama ni utk elak jangkitan tapi ade yg positive sebok nak duduk wad???.gila apakah ini????…tolong siasat mamat ni..
Pale butoh gi balik umah Kasi mampos bini ko si sakimak tu biar berjangkit , Bahlul propa lebih ko ni
Nak minta puji je. Memang org kena covid 19. Kena kurantin lagi 2 minggu.di pusat kurantin. Selalunya bersama2 dengan orang negatif juga. Sungai Buluh kan hospital khas untuk covid, yg belum sembuh lain wad, yg nak kurantin wad lain. Tak perlulah nak minta puji beribadat bagai coverline.
Kalau dia balik rumah susah wan sakinah anak 3 mana tau ada covid termiss
kepamnyee i hari ni..
Boring mengadap bini2 kat rumah lettew..
Ada juga pesakit negatif doktor tidak benarkan pulang sebab pemeriksaan darah tidak membenarkan dia balik terpaksa tunggu keputusan darah normal.
Bukan sebab nak beribadat dlm wad covid 19 ,itu susah juga orang kuat ibadat ini kalau ber kata2.
Nanti mcm erin dan farhan sikit2 keluar keimanan mereka aura kabaah ini pula aura scotland
boleh cam tu eh, kat malaysia ni?
mcm ni la muslimin muslimat sekalian. asalkan dia tak buat maksiat, buat dosa terang2an, tok sah kecam dia mcm2. mungkin niat dia baik. kalau niat dia tak baik, biar tu urusan dia dgn Allah. tak menyusahkan kita sedikit pon. lain kali tak suka, jgn baca kisah dia. bila rasa ingin ngumpat atau rasa menyampah, tu mungkin tanda hati kita yg berpenyakit. mcm mana hati nak bersih bila asyik nak mengata org lain mengada2 nak tunjuk ibadah je. biarkan depa. dlm syurga tak da org yg iri hati dgn org lain. tak nak ka kita jadi penghuni syurga? mulakan di dunia. didik hati utk buang rasa iri hati kat org lain.