fbpx

Sudah Dijemput, Suami Lufya Tak Hadir Majlis Hari Jadi Anak

Meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga, Lufya Omar memberitahu dia tetap mengundang suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz ke majlis sambutan hari lahir anak mereka, Laana Haura pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Lufya berkata suaminya tidak dapat hadir ke majlis tersebut kemungkinan sibuk bekerja. Jelasnya lagi, dia tidak sesekali akan ketepikan status Che Hafiz sebagai bapa kepada anak mereka.

BACA: Suami Lufya Mohon Maaf Pada Anak

“Saya ada ajak tapi dia kata tak boleh datang, mungkin dia sibuk. Saya dah berusaha untuk ajak dia walaupun kami ada masalah yang agak serius.

“Bila saya fikirkan, tak apa mengalah bukan bererti kalah. Kalau saya mulakan buat sesuatu kebaikan, InsyaAllah akan jadi kebaikan nanti.

“Apa saya lakukan demi anak dan Allah SWT. Kiranya, saya tak nak tepikan dia sebagai bapa. Kalau nak ikutkan sakit hati dan masalah hadap, pada saya tak apa la,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Lufya Omar masih tiada kesudahan apabila suaminya, Che Hafiz enggan menceraikannya. Malah, Lufya turut terkejut kerana sebelum ini suaminya mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.