fbpx

Suami Lufya Mohon Maaf Pada Anak

Susulan tindakannya tidak menghiraukan teriakan anak, suami kepada Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz dikecam teruk oleh netizen. Malah, ada yang mendakwanya seorang yang tidak berhati perut dan mementingkan diri sendiri.

Bagaimanapun, Che Hafiz mendakwa dia tidak mendengar anak meraung memanggilnya. Menerusi Instagram, Che Hafiz sekali lagi tampil mempertahankan dirinya menjelaskan apa yang berlaku ketika itu serta memohon maaf kepada anak kesayangannya, Laana Haura.

BACA: Suami Lufya Dakwa Tak Dengar Anak Meraung Panggil

“To my love one Laana haura. Daddy really sorry Sebab tak perasan langsung panggilan daripada you my love. Jika difikirkan secara waras bapa mana Kat atas dunia ni tak sygkan anak mereka.

“Sedangkan binatang seperti singa betina yg ganas itu siap makan manusia lagi pun boleh tetap tahu nak menyayangi anak nya apatah lagi manusia yang diberikan kelebihan otak yang mempunyai akal,” katanya.

Menurut Che Hafiz, dia tidak mendengar tangisan anaknya kerana terkejut apabila dihampiri sekumpulan wartawan di perkarangan mahkamah. Malah, Che Hafiz turut berokongsikan fotonya meluangkan masa bersama anak ketika berada di mahkamah.

“Saya ingin jelaskan disini adalah berkenaan dengan dakwaan2 seperti tidak sayangkan anak dll adalah tidak benar malah sy dihalang dan tidak diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa.

“Gambar-gambar yang saya upload di atas ada babak-babak ketika saya berada di dalam mahkamah. Kalau perhatikan di dalam gambar-gambar tersebut saya sedang meluangkan masa bersama anak saya sampai la anak saya pergi kepada ibunya. Then selepas itu baru la saya keluar dari mahkamah.

Dalam pada itu, Che Hafiz berkata dia sedar bahawa tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen namun dia ingin menjelaskan bahawa dakwaan tidak sayangkan anak itu adalah tidak benar sama sekali.