fbpx

Akhirnya teka-teki tarikh pernikahan Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim terjawab apabila pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Dalam majlis pernikahan yang mengambil tempat di Foyer GlamHall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zainol Mac Wilson.

BACA: Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Nikah Khamis Ini?

Aiman Hakim menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Zahirah bersama tujuh berbalas lima dulang hantaran.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 200 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di Glam Hall Damansara, Petaling Jaya esok.

Zahirah dan Aiman mengkitat tali pertunangan apda 8 Jun tahun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.