Sudah 17 Hari Siti Sarah Pergi, Anak-Anak Masih Cari Arwah Ibu
Sudah genap 17 hari pemergian isteri tercinta, pelawak Shuib Sepahtu memberitahu dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6 sering bertanyakan mengenai arwah ibu mereka.
Memahami anaknya-anaknya masih kecil, Shuib berkata ada masanya hanya air mata mengalir kerana tidak dapat memberikan jawapan setiap kali mereka bertanyakan mengenai ibu mereka.
BACA: Ayash Affan Sudah Keluar Inkubator, Mula Minum Susu Ibu
“Macam Matin, dia baru usia 6 tahun, kadang-kadang apabila teringat dia akan tanya. Anak perempuan pula apabila sedih dia akan tunjuk.
“Sebelum tidur dia akan tanya ibu dekat syurga, kenapa ibu lama kat sana padahal dah janji nak berjalan sama-sama, tidur sama-sama.
“Dia akan tanya kenapa ibu pergi tinggalkan dia. Nak tak nak kena jawab, kalau tak ada jawapan bagi air mata saja. Uwais dah faham, dialah jadi penenang untuk adik-adik,” katanya.
Berkongsikan perkara itu ketika IG Liver bersama rakannya, Abu Talib dan pendakwah Mohammad Yaakub Yusra, Shuib berkata anak bongsunya akan balik ke rumah dalam masa terdekat.
“Alhamdulillah tiga hari lalu Ayash dah keluar dari inkubator dan dia dah mula minum susu ibu saya dapat daripada sepupu sendiri.
“Insya-Allah dalam dua minggu lagi, doktor akan buka alat bantuan pernafasan. InsyaAllah minggu ketiga Ayash akan pulang ke rumah,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Kehilangan yang tersayang peritnya hanya yang telah melalui sahaja faham.
Saya yang telah kehilangan ibu di usia 37 tahun ni pun perit di hati, inikan pula anak2 yang masih kecil lagi, baru nak faham erti kehidupan.
almost 9 bulan ibu saya telah pergi menghadap Illahi, tp masih rasa seperti semalam semuanya berlaku..setiap hari rindu, ziarah kuburnya setiap hari, masih rindu, Allahuakbar.
Al-Fatihah kepada semua yang telah pergi mendahului kita, semoga bertemu semula di akhirat.