fbpx

Ayash Affan Sudah Keluar Inkubator, Mula Minum Susu Ibu

Selepas 20 hari, pelawak Shuib Sepahtu berkongsikan anak bongsunya Ayash Affan yang lahir pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator dua hari lalu.

Menurut Shuib, Ayash menunjukkan perkembangan yang sangat baik selepas dikeluarkan dari inkubator dan lagi tiga minggu anaknya sudah boleh pulang ke rumah.

BACA: Fikir Masa Depan Anak, Shuib Pilih Sepupu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).

“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya.

Terdahulu, Shuib memaklumkan dia memilih ahli keluarganya sendiri iaitu sepupunya yang baru saja menyambut kelahiran cahaya matanya 6 bulan lalu untuk menjadi ibu susuan anaknya.

Shuib berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan ahli keluarga yang lain. Kata Shuib lagi, dia memilih dikalangan ahli keluar kerana bimbang terjadi masalah di masa hadapan.

Pada 9 Ogos lalu, penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.