fbpx

“Suara Tak Sedap, Kenapa Daiyan Trisha Ramai Peminat?”

Sejak muncul dengan gimik kononnya bakal berkahwin bulan lalu, rupanya masih ada segelintir netizen yang masih tidak berpuas hati dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha. Sehingga ke hari ini ada saja netizen yang cuba mencari salahnya.

Baru-baru ini di Twitter, seorang netizen mempersoalkan mengapa Daiyan mempunyai ramai peminat. Netizen itu turut tertanya-tanya, adakah rakyat Malaysia sudah tiada taste dan tidak tahu menilai penyanyi yang betul-betul berbakat.

BACA: “Gimik Murahan Daiyan Trisha Setaraf Haqiem Rusli”

Bagaimanapun, ramai yang mengatakan itu adalah rezeki Daiyan dan tidak perlu untuk mempersoalkannya. Namun, netizen itu berpendapat dalam soal muzik bakat akan dinilai dan bukan hanya puji membabi buta sahaja.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat Daiyan mempunyai ramai peminat kerana dia memiliki rupa paras yang cantik. Namun netizen itu mengatakan, jika memiliki rupa paras cantik tapi tidak berbakat tiada gunanya.

Apa pun itu hanya pendapat dari seorang netizen dan tiada salahnya untuk meluahkan pendapat masing-masing. Terpulang kepada individu tersebut bagaimana mahu menilai bakat seseorang penyanyi.