“Gimik Murahan Daiyan Trisha Setaraf Haqiem Rusli”
Boleh dikatakan ramai penyanyi sekarang memilih untuk melakukan gimik setiap kali ingin melancarkan single terbaru mereka. Bermula dengan gimik cinta dilakukan oleh Nabila Razali kemudian isu depresi Haqiem Rusli.
Baru-baru ini, nama penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menjadi bualan ramai di media sosial apabila dia dikatakan bakal bernikah pada 19 Ogos lalu. Malah ketika dihubungi oleh penyampai Radio Era, Daiyan mengesahkan akan bernikah pada tarikh itu namun enggan mengulas tentang calon suaminya.
BACA: Pernah Dikecam Lebih Teruk, Haqiem Rusli Dah Tak Kisah
Bagaimanapun, pada hari ‘penikahan’ tersebut, Daiyan kemudian memuat naik status di Instagram dia tidak bertunang atau bernikah pada tarikh tersebut, tetapi gambarnya memakai busan perkahwinan itu ialah gambar muka hadapan single terbarunya.
Gimik tersebut ternyata mendapat kecaman dari netizen dan Pencetus Ummah, Nabil yang menyifatkan tindakan Daiyan itu gimik murahan setaraf Haqiem Rusli dan Nabila Razali.
Gimik murahan setaraf Haqiem Rusli.
Daiyan Trisha = Nabila Razali = Haqiem Rusli pic.twitter.com/AdQU2TxsoS
— PU Nabil (@NabilHussein) August 20, 2018
Seperti biasa, rata-rata netizen mengambil kesempatan untuk mengecam penyanyi tersebut. Ada yang tidak boleh menerima gimik yang dilakukan oleh Daiyan kerana ianya melibatkan kehidupan peribadi dan sudah tentu netizen akan mudah percaya.
Tidak kurang juga ada yang melemparkan komen pedas mengenai suara Daiyan yang dikatakan tidak sedap mana namun mahu melakukan gimik seperti itu. Ada juga yang mengatakan Daiyan boleh menjadi kawan baik kepada Haqiem Rusli.
Bagaimanapun ada segelintir netizen menyelar tindakan PU Nabil yang memuat naik status berkenaan hanya untuk meraih perhatian kerana banyak lagi isu penting lain yang boleh dibangkitkan selain isu gimik tersebut.
Kalau ikutkan banyak lagi cara untuk promosikan lagu baru, namun mungkin kini sudah menjadi trend untuk buat gimik demi melariskan sesebuah lagu. Tapi kalau selalu sangat buat, susah netizen nak percaya lepas ni.
- SUMBER
Org buat vedio jak pun nak juga marah…
Idea mcm ni dah jd too common di malaysia.. mungkin kerana market kecil.. bakat x begitu menyerlah dan yg mampu di ketengahkan ialah kisah2 peribadi dgn alasan fans yg kepoh nk tau psl personal life artist2.
Pernah dgr justin bieber buat idea mcm nI? Atau ed sheeran atau drake buat mcm ni? Cuba lah buat karya yg kebabooom dan mmpu dibngga kan. ANYTHING viral mmg mmpu mngnkat artis drpd level sendu 1 ke level separa sendu. Atau sekadar mbgundng kecaman. Tapi hakikatnya utk sustain korang kne hasilkan karya yg bagus.
Biasa la dia kan promosi single.. kena la trill sikit… artis luar pun buat bgitu… itu pn mau marah hahaha lucu la kamu ni..
Aku skali tgk posting die tu ari pon da tau sure utk drama or something yg die nak launch. Ape2 aje bende cmtu pon senang tertipu. Lainlaa mcm hakim rusli or nabila razali tu siap nanges bagai.
Betul tu… ??? think positive..
Yang ni ok sikit lah kan. Yang sampai nangis tu tak boleh blah. Hahahahah
Aku tak kenal pon sundal ni…buat gimik nak kahwin pon..ade le org kenal??..level2 budak sekolah menengah yg tgh gilakam artis je lah kot kalau kenal..hahah. artis malaysia aku kenal david teoh sorang je.
Ko kwen ke tak kwen ke ade org kisah? Bkn popular ponnnnnnnnnnn lahai